Pages

Saturday, October 16, 2010

Week 1

Pengenalan: Konsep-konsep asas pengajaran

Definisi Teknologi

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.

Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.

Menurut Finn (1960), Molenda dan Russell (1989) dan Romizowski (1988) teknologi membawa 2 maksud:

· Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal.

· Suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.

Menurut Saettler (1990)

· Teknologi bukan bererti penggunaan mesin tetapi meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik.

Teknologi Pendidikan

· Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuaan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan.

Crowell, 1971 : Encyclopedia of education

· Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran.

Ciri-ciri dan jenis teknologi pendidikan yang baik

1. Alat yang dapat menjelaskan idea-idea yang kabur dan menerangkan isi-isi pelajaran.

2. Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar.

3. Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya.

4. Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan.

5. Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri.

Kepentingan teknologi pendidikan dalam P&P

1. Melicinkan P&P, fokus isi-isi penting kepada topik yang disampaikan.

2. Jimat masa, tenaga, wang.

3. Mengelakkan rasa bosan pelajar, kekal minat, menghiburkan pelajar.

4. Mengelakkan tidak faham.

5. Membetulkan kekeliruan.

6. Memperkayakan pengalaman pelajar.

7. Melibatkan pelbagai deria dengan meningkatkan daya ingatan pelajar.

8. Memberi kelainan dan kepelbagaian kaedah mengajar.

9. Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran maksimum dengan penggunaan masa minimum.

Prinsip teknologi pendidkan

1. Sebagai alat bantu mengajar.

2. Digunakan untuk pengajaran bukan hiburan.

3. Penggunaan mesti dirancang.

4. Dipilih berdasarkan kesesuaian topik, objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal darjah.

5. Digunakan mengikut masa yang sesuai.

No comments:

Post a Comment