Pages

Saturday, October 16, 2010

Week 3

Jean Piaget






Jean Piaget ialah ahli psikologi dan pendidik. Beliau telah dilahirkan di Neuchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896 dan telah meninggal dunia pada tahun 1980. Anak seorang sejarawan bernama Arthur Piaget, yang juga seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah manakala ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean Piaget meru

pakan anak pertama kepada pasangan Arthur dan Rebecca. Masa kanak-kanak Jean Piaget banyak dipengaruhi oleh apa yang dilihat daripada ayahnya, seorang yang berdedikasi pada penelitian dan pekerjaannya. Sejak kanak-kanak beliau sangat berdikari dan gemar belajar, terutama dalam hal ilmu pengetahuan alam. Piaget berminat dalam bidang biologi. Sepanjang hidupnya beliau suka membaca subjek falsafah, sosiologi dan teologi. Akhirnya beliau telah memilih bidang psikologi, khususnya mengkaji tingkah laku kanak-kanak. Jean Piaget merupakan seorang pakar biologi Switzerland dan pakar psikologi kanak-kanak. Sepanjang hayatnya, beliau telah banyak membuat kajian ke atas tingkahlaku kanak-kanak. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 17 September 1980 di Jenewa, Swiss ketika u

sia 84 tahun. Banyak orang mengaguminya sebagai salah seorang pemikir ilmiah yang paling kreatif di Swiss.

Empat konsep penting yang diutarakan oleh Jean Piaget ialah:

· Skema

-Merupakan potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.

-Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan ataupun skema seperti menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang serta menggerakkan tangan dan kaki.

-bagi gerakan memegang, kandungan skemanya ialah memegang benda yang tidak menyakitkan seperti memegang jari ibu.


· Asimilasi

-Adalah satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.

-Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti suatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.

-Contohnya, kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekali gus merasanya.


· Akomodasi

-

suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.

-berfungsi apabila skema tidak dapat menyesuaikan (m

engasimilasi) persekitaran yang baru dan belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.

· Adaptasi

-

merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.

-keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.




No comments:

Post a Comment