Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaituteknik dan pendekatan. Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik.
FAEDAH-FAEDAH OBJEKTIF PENGAJARAN
· membatu guru mengenalpasti apa yang hendak diajar dan memandu mereka dalam membuat pemilihan kaedah/strtegi pengajaran-pembelajaran termasuk jenis-jenis bantuan teknologi pendidikan yang sesuai digunakan.
· memberi asas kepada guru dalam menilai pelaksanaan rancangan pengajaran, keberkesanan pengajaran dan pencapaian (prestasi) pelajar-pelajar.
· memberi asas kepada guru dalam melaksanakn pengajaran pemulihan atau penggayaan kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya.
· menyedarkan pelajar-pelajar tentang apa yangdiharapkan dicapai oleh mereka pada akhir pembelajaran, justeru diharap mereka akan lebih peka dalam mempertingkatkan pembelajaran.
Dua Jenis Objektif
· Objektif Am
· Objektif Spesifik
KOMPONEN-KOMPONEN OBJEKTIF PENGAJARAN
· Pelaksana
· Perlakuan
· Hasil perlakuan
· Syarat perlakuan
· Kriteria perlakuan
CONTOH-CONTOH KATA KERJA YANG MENYATAKAN OBJEKTIF PEMGAJARAN
Domain Kognitif
· Pengetahuan: mendefinisi, menamakan, mengenalpasti, menyenaraikan, melabelkan, memilih, menyesuiakan, menyatakan, menulis, menjelaskan.
· pemahaman: membezakan, menukarkan, menganggarkan,menelaah, menulis, menjelaskan.
· Aplikasi: mengira, mengubah, menginterpretasi, menyediakan, melakar, melukis, menyelesai, menggunakan, menunjukkan, mengeluar, mengaitkan.
· Analisis: mengasingkan, memberi contoh, memilih, membezakan, mengenalpasti, mengaitkan, memecah, menunjukkan , membuat ringkasan,membuat inferens.
· Sintesis: mengkategorikan, meggabungkan, menyusun semula, menerangkan, merancang, membina semula, menyatakan semula, mengarang, meringkaskan, menulis semula.
· Penilaian: menilai, membezakan, membincangkan, membahas, menghuraikan, memberi hujah, membuat kesimpulan, membuat justifikasi, menyokong,mengutarakan.
Domain Psikomotor
membuat,memasang, membina, mengubah, membersih,melicinkankan, mencampurkan, menanam, mengecat, membuatcontoh, menggunakan, menyediakan, menyiapkan, menggerakkan, melekatkan, menyusun, menjaga, menghidang, mengemas, membungkus, merawat, memperbaiki.
Domain Afektif
mengamalkan, menunjukkan, mematuhi, melakukan, menyenaraikan, mencadangkan, berkongsi, menonjolkan, membandingkan, membezakan, menghubungkan, mengaitkan.
CONTOH-CONTOH OBJEKTIF PENGAJARAN YANG MENGANDUNGI KELIMA-LIMA KOMPONEN TAKSONOMI BLOOM
· Setiap pelajar dapat mengira dengan tepat dalam masa tiga minit jumlah dividen yang diperolehi daripada sesuatu pelaburan berdasarkan kepada data yang diberikan.
· Semua pelajar dapat menyatakan secara bertulis tanpa merujuk kepadabuku teks, sekurang-kurangnya 3 jenis kesalahan yang sering terdapat dalam Imbangan Duga dan 3 cara untuk mengatasinya.
· Tiap-tiap pelajar boleh menunjukkan dengan betul cara-cara merekod maklumat dalam buku tunai.
· Bekerja dalm kumpulan 5 orang, setiap kumpulan dapat menghasilkan satu kertas projek sepanjang 2000 patah perkataan pada saiz kertas A4 mengenai "Penubuhan syarikat Berhad dan pembahagian syer kepada ahli yang terlibat.
· Setip pelajar, dapat menunjukkan kebolehan bekerjasama dan berinteraksi secara telus melalui sesi perbincangan dalam kumpulan 6 orang mengenai penyediaan penyata pendaoatan bagi sesebuah syarikat yang dibuat dalam masa 20 minit, mengikut senarai semak pemerhatian yang disediakan.
Beberapa Prinsip Pengajaran
· Pengajaran perlu dirancnag dan disediakan mengikut tahunan, semetara, mingguan dan harian.
· Isi kandungan pelajaran berasaskan sukatan peljaran buku teksdan rujukan serta keperluan peperiksaan (sekirnya ada) dan dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman sedia da pelajar daripada apa yang tahu kepada yang tidak tahu, daripada yang senang kepada yang kompleks, daripada yang konkrit kepada yang abstrak.
· Pelajar-pelajar perlu dimotivasi dengan menggunakan sebanyak deria rangsangan yang boleh.
· Pengajaran perlu berpusat kepada pelajar, iaitu sebagai klien/pelanggan utama guru penglibatan aktif pelajar dalam proses P&P penting melalui pelbagai aktiviti pembelajaran.
· Strategi/kaedah pengaran perlu dipelbagaikan, sesuai dengan topik/isi pelajaran yang diajar serta stail pembelajaran pelajar guru berdaya lentur dan mempunyai "repertoire of teaching approaches".
· Daya pemikiran pelajar perlu sentiasa dicetuskan, tidak setakat menerima maklumat tetapi menegaskan jawapan kepada soalan-soalan Mengapa?Dan bagaimana?Pemilihan strategi/kaedah pengajaran perlu sesuai untuk tujuan ini.
Berapa Prinsip Pembelajaran
· Pelajar perlu bersedia untuk belajar (kesediaan pembelajaran)
· Pelajar perlu faham sebab-sebab untuk belajar (motivasi untuk pelajar)
· Isi pelajaran cukup mudah untuk dikuasai dan cukup susah untuk mencabar/merangsang pelajar (tahap kesukaran yang isi pelajaran sesuai).
· Pembelajran dilakuakn sendiri oleh pelajar melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran termasuk penyelesaian masalah, bukan dilakukan oleh guru atua orang lain (pembelajaran tidak boleh diwakilkan).
· Persekitaran pembelajaran - suasana sekolah, bilik darjah, sumber-sumber pendidikan, guru-guru penyayang sesuai dan cukup (persekitaran pembelajaran yang conducive).
· Guru bertindak sebagai penggerak, pendorong, penyokong dan pemudah cara kepada pelajar (sokongan emosi dan intelek yang berterusan).
PENTINGNYA KAEDAH PENGAJARAN
"Perbezaan dalam pembelajaran yang berlaku kepada pelajar berkait rapat dengan BAGAIMANA bahan bahan pelajaran dikemukakan. ‘BAGAIMANA’ diertikan sebagai teknik pengajaran ini dapat menghasilkan perbezaan yang signifikan kepada kejayaan pembelajaran pelajar."
(P.B. Guild and S. Garger: Marching to Different Drums)
BEBERAPA KAEDAH PENTING PENGAJARAN
Kaedah Menyoal
Kaedah kuliah/syarahan
Kaedah perbincangan
kaedah sumbang saran
kaedah perbahasan
kaedah demonstrasi
kaedah projek
Kaedah kes
Kaedah penyelesaian masalah
kaedah permainan
Kaedah simulasi
KAEDAH MENYOAL
wahana utama interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran
untuk menerokai pengalaman/pengetahuan pelajar
untuk meningkatkan ingatan isi-isi pelajaran yang penting
untuk tujuan ulangkaji
untuk merangsang pemikiran pelajar dari tahap pengetahuan hingga tahap penilaian dan domain kognitif
perlu wujud dalam semua proses pengajaran dan pembelajaran
No comments:
Post a Comment